ERIC Bailly memberi amaran kepada Manchester United bahawa Benfica tidak begitu mudah untuk ditewaskan apabila kedua-dua kelab itu bertemu kembali dalam perlawanan Liga Juara-Juara pada malam Selasa. Manchester United mendahului menewaskan pencabar dalam Kumpulan A sebanyak tiga kali berturut-turut. Kelab di bawah pengurus Jose Mourinho itu turut mengalahkan Benfica, kelab di Lisbon itu dua minggu lalu, dan mendapat tempat di peringkat kalah mati sekiranya keputusan CSKA lebih baik ketika menentang Basel. Namun Bailly yang merupakan anak didik Mourinho percaya pasukannya tidak seharusnya memandang rendah terhadap pencabarnya pada malam Selasa. "Bagi saya, mereka (Benfica) mereka adalah pasukan yang bagus. "Malangnya mereka tidak mendapat peluang yang baik tetapi tidak bermakna mereka boleh dikalahkan dengan mudah. "Kita perlu mengambil perhatian dan berusaha mendapatkan kemenangan kali keempat," ujar Bailly. United akan bertemu Benfica awal pag...
Ander Herrera telah menghantar masej kepada peminat Manchester United dengan satu ucapan terima kasih.
Ini berikutan selepas para penyokong mempamerkan sepanduknya semasa mencatat kemenangan 2-0 ke atas Leicester City pada Ahad.
Sebelum ini, peminat menjangkakan United bakal menggandingkan Herrera, Nemanja Matic dan Paul Pogba bahagian tengah.
Namun setakat tiga perlawanan lepas, Herrera masih belum berada dalam kesebelasan utama Jose Mourinho.
Herrera cuma sempat beraksi selama lima minit dari bangku simpanan semasa menentang Swansea City.
Walau bagaimanapun, penyokong United yang pergi menyaksikan perlawanan di Leicester Ahad lalu memberi penghormatan kepada pemain tengah itu.
Mereka menyanyi "Ole, ole Ander Herrera" dan menaikkan sepanduk nama pemain Sepanyol itu.
Herrera pantas membalas penghargaan itu dengan memuat naik status dilaman Instagramnya.
Beliau amat menghargai sokongan peminat dan meluahkan rasa terima kasih atas sokongan sedemikian.
"Saya sangat suka! Saya benar-benar menghargainya! Anda semua bersama saya. Terima kasih banyak, " katanya.
Tidak ramai pemain yang berprofil tinggi dapat mengekalkan hubungan yang akrab dengan penyokong seperti Herrera. Hererra setia bersama kelab ketika kelab mengalami detik sukar dan saat kegemilangan.
Ternyata Herrera bermain demi lencana didada. Jika diberikan peluang, kebiasaannya beliau akan bermain bersungguh-sungguh untuk menang.
Jika berada dibangku simpanan, beliau tidak henti-henti menjerit dan memberi semangat kepada rakan sepasukan di padang. Dan ini diakui sendiri oleh Jose Mourinho.
Comments
Post a Comment