ERIC Bailly memberi amaran kepada Manchester United bahawa Benfica tidak begitu mudah untuk ditewaskan apabila kedua-dua kelab itu bertemu kembali dalam perlawanan Liga Juara-Juara pada malam Selasa. Manchester United mendahului menewaskan pencabar dalam Kumpulan A sebanyak tiga kali berturut-turut. Kelab di bawah pengurus Jose Mourinho itu turut mengalahkan Benfica, kelab di Lisbon itu dua minggu lalu, dan mendapat tempat di peringkat kalah mati sekiranya keputusan CSKA lebih baik ketika menentang Basel. Namun Bailly yang merupakan anak didik Mourinho percaya pasukannya tidak seharusnya memandang rendah terhadap pencabarnya pada malam Selasa. "Bagi saya, mereka (Benfica) mereka adalah pasukan yang bagus. "Malangnya mereka tidak mendapat peluang yang baik tetapi tidak bermakna mereka boleh dikalahkan dengan mudah. "Kita perlu mengambil perhatian dan berusaha mendapatkan kemenangan kali keempat," ujar Bailly. United akan bertemu Benfica awal pag...
Bekas pemain antarabangsa England itu telah diketepikan dari skuad Mourinho sejak mengalami kecederaan hamstringnya ketika perlawanan terakhir musim lalu.
Young terlepas untuk menyertai perlawanan Akhir Europa League semasa United mencatat kemenangan ke atas Ajax di Stockholm. Young juga terlepas ke semua perlawanan pra-musim United untuk musim ini.
Tetapi beliau telah membuat kemunculan semula selepas beraksi bersama pasukan bawah 23 tahun Manchester United ketika menentang Swansea bawah 23 pada malam Isnin bersama Luke Shaw.
Menurut The Sun, beliau berkemungkinan akan kekal di Old Trafford dan dilihat sebagai pilihan 'back up' yang berpengalaman oleh Jose Mourinho.
Young juga berharap agar dapat bertahan setahun lagi serta dapat bermain bersama dengan United untuk musim baru ini.
Walau bagaimanapun, The Sun mengatakan terdapat dua pasukan Liga Perdana berhasrat untuk menandatanganinya sebelum jendela perpindahan ditutup. Mereka bakal menawarkan tempat dalam kesebelasan utama jika Young menyertai mereka.
Everton dan Watford dikhabarkan berminat untuk mendapatkan Young. Mereka bakal mengemukakan tawaran sebelum Khamis.
Bercakap selepas perlawanan menentang Swansea (U23), Young berkata :
"Adalah sangat baik apabila dapat kembali bermain. Sebagai pemain, anda mahu kembali di padang dan ia adalah baik untuk mendapatkan minit permainan."
"Saya berasa sangat baik, saya berasa cukup cergas. Saya boleh bermain lebih lama, tetapi saya telah dikeluarkan pada separuh masa kedua."
"Saya bekerja keras sejak saya menjalani pembedahan pada 13 minggu yang lalu, jadi saya gembira untuk kembali bermain."
"Saya telah berlatih dengan pasukan selama lebih 10 hari. Jadi apabila pengurus menghubungi saya, saya bersedia untuk bermain."
"Bagi saya, perlawanan menentang Swansea (U23) adalah seperti perlawanan pra-musim. Saya dan rakan sepasukan cuba untuk mendapatkan kemenangan. Disamping itu saya mahu mendapatkan tahap kecergasan yang optimum. Dan peluang dapat beraksi bersama skuad (U23) cukup bermanfaat untuk saya."
Comments
Post a Comment