ERIC Bailly memberi amaran kepada Manchester United bahawa Benfica tidak begitu mudah untuk ditewaskan apabila kedua-dua kelab itu bertemu kembali dalam perlawanan Liga Juara-Juara pada malam Selasa. Manchester United mendahului menewaskan pencabar dalam Kumpulan A sebanyak tiga kali berturut-turut. Kelab di bawah pengurus Jose Mourinho itu turut mengalahkan Benfica, kelab di Lisbon itu dua minggu lalu, dan mendapat tempat di peringkat kalah mati sekiranya keputusan CSKA lebih baik ketika menentang Basel. Namun Bailly yang merupakan anak didik Mourinho percaya pasukannya tidak seharusnya memandang rendah terhadap pencabarnya pada malam Selasa. "Bagi saya, mereka (Benfica) mereka adalah pasukan yang bagus. "Malangnya mereka tidak mendapat peluang yang baik tetapi tidak bermakna mereka boleh dikalahkan dengan mudah. "Kita perlu mengambil perhatian dan berusaha mendapatkan kemenangan kali keempat," ujar Bailly. United akan bertemu Benfica awal pag...
Jose Mourinho dilihat mahu memperkemaskan barisan serangan United selepas berjaya menandatangani pemain berusia 35 tahun itu buat kali kedua. Zlatan dijangka memberikan impak besar kepada kem United setelah cergas sepenuhnya ekoran kecederaan lutut serius sebelum ini.
Manchester United telah mengesahkan bahawa mereka telah menandatangani semula penyerang Zlatan Ibrahimovic untuk tempoh setahun.
Pemain Sweden itu bermain 46 kali buat Red Devils musim lalu sebelum mengalami kecederaan ACL semasa pusingan kedua suku akhir Liga Europa menentang Anderlecht.
#Zlat10 pic.twitter.com/jnjJHnLJy4
— Manchester United (@ManUtd) August 24, 2017
Pemain berusia 35 tahun, yang telah menjaringkan 28 kali dalam musim pertamanya di Old Trafford terpaksa berehat awal selepas kecederaan itu. Sebelum ini masa depannya dilihat belum pasti kerana kontraknya di United berakhir Julai lalu.
Terdapat spekulasi bahawa beliau bakal beralih ke Liga MLS. Tetapi selepas menunjukkan kemajuan yang mengagumkan semasa sesi pemulihannya, beliau kembali ke skuad Jose Mourinho musim ini.
.@Ibra_official: "It's time to finish what I started." #TheJourneyContinues pic.twitter.com/uAt4dXfFeX
— Manchester United (@ManUtd) August 24, 2017
Ibrahimovic merasakan beliau mempunyai "tugas yang belum selesai" dalam Liga Perdana bersama United. Sebelum ini, Zlatan telah memenangi gelaran liga di empat negara yang berbeza.
"Saya kembali untuk menyelesaikan apa yang saya rasa belum selesai," katanya kepada laman web rasmi kelab itu. "Ia sentiasa menjadi objektif dan niat saya untuk kembali bersama kelab ini."
Another year of @Ibra_official! 🦁 pic.twitter.com/6WgAcDRsOR
— Manchester United (@ManUtd) August 24, 2017
"Saya tidak sabar untuk kembali bermain di Old Trafford. Tetapi saya juga tahu bahawa saya perlu mengambil masa untuk memastikan saya sudah bersedia. Saya telah bekerja keras dan akan terus melakukannya demi memastikan saya berada ditahap terbaik untuk kembali ke perlawanan sebenar."
Sementara itu, Mourinho yakin Zlatan dapat memberi kesan yang baik terutama pada pertengahan musim ini.
Jose Mourinho on @Ibra_official: "We're delighted to have his ambition and experience back with us."
— Manchester United (@ManUtd) August 24, 2017
Well said, boss! pic.twitter.com/j4SHyimw2n
Pengendali dari itu Portugis berkata:
"Kami gembira Zlatan semakin pulih. Kami juga gembira kerana beliau mempunyai cita-cita dan pengalaman bersama kami. Selepas memberi sumbangan besar pada musim lalu, Zlatan sepatutnya tahu bahawa kami akan bersabar menunggu beliau kembali. Saya tidak ragu ragu lagi bahawa Zlatan akan menjadi watak penting untuk aksi pertengahan liga musim ini."
Comments
Post a Comment