Skip to main content

BERITA TERKINI

JANGAN AMBIL MUDAH ANCAMAN BENFICA - ERIC BAILLY

ERIC Bailly memberi amaran kepada Manchester United bahawa Benfica tidak begitu mudah untuk ditewaskan apabila kedua-dua kelab itu bertemu kembali dalam perlawanan Liga Juara-Juara pada malam Selasa. Manchester United mendahului menewaskan pencabar dalam Kumpulan A sebanyak tiga kali berturut-turut. Kelab di bawah pengurus Jose Mourinho itu turut mengalahkan Benfica, kelab di Lisbon itu dua minggu lalu, dan mendapat tempat di peringkat kalah mati sekiranya keputusan CSKA lebih baik ketika menentang Basel. Namun Bailly yang merupakan anak didik Mourinho percaya pasukannya tidak seharusnya memandang rendah terhadap pencabarnya pada malam Selasa. "Bagi saya, mereka (Benfica) mereka adalah pasukan yang bagus. "Malangnya mereka tidak mendapat peluang yang baik tetapi tidak bermakna mereka boleh dikalahkan dengan mudah. "Kita perlu mengambil perhatian dan berusaha mendapatkan kemenangan kali keempat," ujar Bailly. United akan bertemu Benfica awal pag...

MATIC MEMUJI SEMANGAT MELAWAN SKUAD UNITED







Matic merasakan United mempunyai harapan yang cerah untuk musim ini.

Pemain berusia 29 tahun itu memulakan musim yang sempurna setakat ini walaupun kekurangan perlawanan pra musim selepas tidak ikut serta siri pra musim bersama Chelsea beberapa bulan lalu.

Nemanja Matic mengakui dia tidak terkejut selepas dilihat cepat menyesuaikan diri di Manchester United. Walaupun tidak beraksi pada perlawanan pra musim, itu tidak menghalangnya dari memberi persembahan terbaik pada tiga perlawanan pertama United di Liga Perdana.


Pemain Serbia itu meninggalkan Stamford Bridge dengan harga £ 40 juta. Setibanya di Old Trafford, beliau terus diberi kepercayaan untuk mengemudi bahagian tengah dan telah menerima pujian melambung dari pelbagai pihak.

Kehadirannya sedikit sebanyak telah membolehkan Paul Pogba untuk bebas membantu barisan serangan United. Pogba dilihat lebih kreatif di padang seperti yang pernah kita lihat di Juventus.


Matic menjadi perisai di bahagian belakang pasukan United dengan cemerlang untuk beberapa perlawanan setakat ini. Aksi cemerlangnya menyebabkan Pemain Terbaik Tahunan musim lalu, Ander Herrera terpaksa memanaskan bangku simpanan.

Namun itu tidak bermakna Herrera akan terus kekal disitu. United musim ini akan mencabar kesemua kejuaraan dan United memerlukan skuad yang besar untuk mengharunginya.

Sistem penggiliran pemain akan berlaku dan Mourinho dijangka akan merombak pasukan mengikut keperluan dan formasi pasukan yang bakal mereka tentang. Sudah semestinya setiap pemain termasuk Herrera akan menjadi aset penting Mourinho musim ini.


Rating Pemain Manchester United vs Leicester

1. David de Gea - 6

Kerap 'tidur' semasa perlawanan berlangsung. Namun tetap cemerlang menafikan cubaan rendah dari rendah Mahrez dan menepis menggunakan kaki hasil 'tapping' dari Andy King pada penghujung perlawanan.

2. Antonio Valencia - 7

Kerap membantu bahagian serangan. Crossnya agak mengecewakan. Tidak berapa bagus ketika bertahan tetapi mempunyai larian yang laju dan cepat menutup ruang serangan dari pihak lawan.

3. Eric Bailly - 6

Seperti De Gea, kekuatannya jarang diuji. Vardy berada di dalam 'poketnya'. Bergandingan baik bersama Jones.

4. Phil Jones - 7

Kuat apabila berada diudara. Banyak membantu Blind dibahagian kiri terutamanya menghadapi ancaman dari Mahrez. Semakin memahami corak permainan gandingannya, Bailly.

5. Daley Blind - 6

Bijak membaca permainan. Kerap membuat hantaran lintang dengan tepat. Namun tewas dari segi kelajuan. Mahrez menafaatkan sepenuhnya kelemahan Blind.

6. Paul Pogba - 8

Permainannya saat bertemu Leicester mengingatkan kita ketika beliau beraksi bersama Juventus. Kerap memberi ancaman melalui cubaan deras dari luar kotak penalti. Berada di setiap sudut padang untuk merencana serangan.

7. Nemanja Matic - 7

Sejak perlawanan pertama liga beliau terus konsisten. Melindungi dengan baik 'back four' United. Membebaskan Pogba ke atas.

8. Juan Mata - 6

Berjaya menghasilkan gol pada babak pertama tetapi tidak dikira kerana dikesan 'offside'. Peranannya di sayap kanan kerap bertembung dengan Mkhitaryan di kawasan tengah.

9. Henrikh Mkhitaryan - 7

Kurang menyerlah berbanding dua perlawanan lepas. Acapkali gagal dengan kelecekannya meloloskan diri ke kawasan penalti Leicester. Namun tetap berhasil memberi bantuan gol melalui sepakan sudut.


10. Anthony Martial - 6

Pertama kali bermula dalam kesebelasan utama musim ini. Kerap hilang diposisinya dan kadangkala meninggalkan Blind keseorangan di posisi kiri. Namun dilihat lebih yakin dan berani mengatur serangan.


11. Romelu Lukaku - 6

Bukan permainan terbaiknya berbanding dua perlawanan lepas. Pertahanan Leicester mudah mengawalnya. Terlepas beberapa peluang temasuk sepakan penalti. Namun berupaya menekan pertahanan The Foxes sepanjang perlawanan.




Comments

Popular posts from this blog

TERKINI : SERGE AURIER BERSETUJU KE UNITED - Menurut Wartawan di Perancis

Chelsea juga berminat untuk mendapatkan Aurier selepas mereka tewas kepada United untuk merebut Romelu Lukaku bulan lalu. Kelihatan kali ini mereka tidak mahu lagi ditewaskan United untuk mendapatkan pemain sasaran mereka. SERGE AURIER dikhabarkan telah bersetuju dengan perjanjian selama lima tahun bersama Manchester United menjelang perpindahannya ke Old Trafford. Pertahanan kanan kental Paris St-Germain itu telah menjadi sasaran untuk kedua-dua kelab United dan Chelsea dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Pemain antarabangsa Ivory Coast akan meninggalkan PSG jika mereka mendapat tawaran £ 20 juta pada musim panas ini. Wartawan Perancis Loic Tanzi, yang berkhidmat untuk Goal France dan Eurosport, mendakwa Aurier semakin menghampiri United. Loic Tanzi juga merupakan wartawan yang rapat mengenai perkembangan di PSG. S.Aurier et MU ont trouvé un accord autour d'un contrat de 5 ans. Reste à négocier avec Paris et à avoir un permis de travail #PSG — Loïc Tanzi (@Tan...